Wednesday, February 3, 2010

PRK UTHM

PRK UTHM - CORETAN UNCLE 1


Sengaja uncle bertenang sejak pukul 12.am semalam….. skrg jam 12.pm. Uncle rasa ramai tengah duk ngundi…


Dalam tempoh ini, uncle katakan sebagai tempoh bertenang….. bagi Pro-M inilah waktu bertendang bagi mereka…


Serangan2 akhir oleh mereka menunjukkan kegersangan mereka untuk melakukan apa jua taktik bagi merayu pengundi ….


Beberapa persoalan boleh ditimbulkan??


Apakah mereka mempunyai dana yang besar sehingga membolehkan keseragaman dalam banner, flyers dan bermacam lagi bentuk material??


Dari mana dana yang begitu besar sehingga sms beribu-ribu kepada pelajar di kampus?


Mungkin di universiti besar lain perkara ini selalu terjadi dengan sokongan-sokongan proksi pembangkang. Walaupun mereka sering menuduh proksi Aspirasi yang mempunyai dana. Betapa bermuka-muka dikalangan mahasiswa mereka ini.


Di UTHM pertama kali kita melihat Pro-M secara terang-terangan mempromosi calon-calon mereka secara berkumpulan.


Baca sini (versi gambar) http://promahasiswauthm.blogspot.com/2010/02/hanya-pilih-sembilan-untuk-calon-umum.html


* Lihatlah betapa terdesaknya mereka menyusun susunan bagi calon mereka. Pilih no 1 hingga 9. Dan dikaburkan mata mahasiswa (No10. hingga 22) seolah-olah mereka pamerkan kesemuanya… “Soal Hati Tak Boleh Tipu”. Jelas niat mereka ingin menonjolkan calon-calon tertentu. Inilah Taktik bertanding secara berkumpulan secara terang-terangan di UTHM. Sekali lagi satu anjakan kepada mahasiswa UTHM. Adakah mahasiswa UTHM akan tertipu dengan helah mereka ini? Kita akan menyaksikan undi2 ini pada hari ini.


Mai uncle nak ceramah sikit…..


Jika benar yang dicari adalah pemimpin memahasiswa, kenapa kemenangan calon pilihanraya yang bukan pilihan ditentang begitu sekali? Pelabelan Pro-A dan Pro-M adalah didorong oleh rasa tidak puas hati kerana adanya pengaruh politik kepartian.


Mahasiswa perlu kembali kepada asas pilihanraya kampus itu diadakan iaitu mencari pelapis pemimpin Negara pada masa depan yang cemerlang. Ini tidak berlaku jika satu-satu platform yang diangap berkdrebiliti dalam melahirkan pewaris Negara dicemari dengan aksi-aksi yang tidak sepatutnya.


Mari kita imbas kembali aksi-aksi PRK di UTHM…..

Nampaknya, semakin lama kita menjunjung proses pungutan suara dan undi, seakan semakin mundur pula kematangan kita.

Uncle kata : Lihatlah perbuatan mereka bertanding secara berkumpulan (Taktik menonjolkan calon-calon tertentu) menafikan calon-calon lain yang bertanding secara adil mengikut peraturan.

Apa tidaknya, kini pada setiap pilihan raya ada saja orang tidak dapat mengawal perasaan. Kata-kata kesat terlalu mudah dilaungkan, mudah diapi-apikan semangat dan syak wasangka ditimbulkan terhadap lawan. Budi bicara dan budaya yang tinggi serta hemah mulia hanya jadi slogan yang mudah tercicir bila berkempen.

Uncle kata : Lihat sahajalah cara meraka berdebat di Chatbox, memburukan individu termasuk calon, pegawai universiti, malah sehingga Menteri Besar. Bagi mereka apa sahaja yang boleh menjamin kemenagan mereka sanggup dilakukan. Yang Haram akan diHalalkan oleh mereka.

Lawan bukan saja ditentang fahaman politiknya, tetapi mereka juga dicop jahat dan hendak memusnah dan menjahanamkan kita, maka eloklah siap bawa kayu dan batu, pisau dan parang ketika berkempen. Maklumlah orang nak aniaya kita.

Uncle Kata : Teori Serangan Terbalik …. Banner calon kesayangan mereka yang Di sembur dengan cat dituduh didalangi oleh seteru mereka. Walhal tiada bukti, adakah mereka melakukan sendiri dengan harapan untuk meraih simpati mahasiswa mereka teraniaya?? Kasihan taktik ini tak berkesan untuk uncle…dah basi….

Jadi kempen politik kita bukan untuk berlawan ideologi, tetapi menanam kebencian dan marah. Rasanya tiada banyak pihak yang boleh berkata mereka terselamat daripada cara berpolitik sebegini.

Uncle kata : Mereka cuba mengaitkan mahasiswa-mahasiswa yang bebas pemikiran berjuang untuk kebajikan mahasiswa dengan politik kepartian. Seolah-olah mewujudkan fahaman kerajaan masuk campur walhal mereka secara terang-terangan menyokong proksi pembangkang. “ Soal Hati Tak Boleh Tipu”

Kematangan politik bermakna kita boleh menentukan di mana sepatutnya ideologi dan fahaman politik kita berakhir, dan di mana nilai hidup kita bermula. Walaupun berlainan politik, kita patut boleh sembahyang sesaf, makan setalam, boleh bertegur sapa di kenduri kendara.

Uncle kata : Mereka dalam kempen sering menguar-uarkan mereka ini calon-calon yang lebih “Islam” daripada calon-calon bukan pilihan mereka. Apakah calon-calon lain tidak cukup “Islam”. Mereka tidak segan silu mengatakan “ Kami ini sayangkan Islam, kamu kena pangkah calon yang nampak “Islam”, apakah calon yang tidak menyokong Pro-M akan tertolak Islamnya secara total? Atau telah tercatit namanya di Neraka? Mereka tidak menyiasat secara mendalam tetapi bersifat terburu-buru menghukum orang lain….. ini perbuatan bodoh dan wala secara menkhizir(bab*) buta…..

Jika berdebat pun, sepak dan terajang tidak naik dan leher tidak tegang. Kematangan bermakna kita tahu merayakan kemenangan, dan menerima kekalahan. Kita mesti sedar bukan semua orang suka atau tidak suka kita.

Uncle kata : Lepas ni kalau mereka kalah, mereka akan kata “ E-voting x adil”, “ada konspirasi”, Kalau menang, mereka akan buat senyap “ Memang Pro-M diterima rakyat”, nak ketawa pun ada.

Kematangan seseorang jelas dengan bagaimana dia membawa diri bila tewas, susah merempat. Adakah dia menerima semuanya sebagai takdir, atau kita terus salahkan orang.

Uncle kata : Harap-harap semua pihak dapat terima keputusan… Kalau calon yang bertanding secara adil menang… Alhamdullillah…. Kalau pihak Pro-M menang maka malapetaka kepada warga kampus akan menanti…… Mahasiswa akan berpuak-puak tidak seperti sebelum ini yang hidup harmoni….. kalau kemenagan mereka diiktiraf mada masa depan akan banyak lagi politik yang mirip kepartian akan wujud…

Setiap puak pelajar akan menubuhkan pertubuhan masing-masing untuk menyokong calon-calon mereka secara berkumpulan…. Mahasiswa tidak akan bodoh lagi bertanding secara bebas kerana lawan mereka bertanding secara berkumpulan… Jangan terkejut akan muncul…..

Pro- MAWASiswa

Evolusi Mahasiswa

Bitara Mahasiswa

Penggerak Mahasiswa

Pro-Kaum Mahasiswa

Pro-Agama Siswa

* Ketika ini mahasiswa akan dipengaruhi emosi …. Maka harmoni itu hanya satu impian bagi kampus UTHM!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment