Tuesday, February 2, 2010
BONGKAR 2 ( KATAKAN TAK NAK PADA PRO-M)
Gerakan Pro M nampak seperti begitu berstruktur dan diorganisasi dengan baik sejak dua tahun ini. Mereka sudah re-brand segalanya untuk menunjukkan bahawa kumpulan mereka adalah pro kepada mahasiswa. Benarkah mereka pro kepada mahasiswa? Pada 16 Januari 2010, Tiew Way Keng (Setiausaha Publisiti DAP Selangor, gambar dalam bulatan) memberi kenyataan yang membela Pro M dalam Malaysiakini (baca sini). Apakah pula kepentingan DAP dengan kumpulan yang mendakwa mereka adalah pro kepada mahasiswa? Jangan terkejut selepas ini berita kemenangan UMT dan UIA akan keluar dalam muka depan Suara Keadilan atau Harakahdaily. Di UIA, ianya sudah pun sudah keluar dalam Harakahdaily. Berita ini akan disorak gembira oleh ahli-ahli PAS, PKR dan DAP di luar sana. Tidak salah lagi kumpulan Pro Mahasiswa ini digelar sebagai Pro Pembangkang. Untuk mahasiswa UTHM, pelajar boleh menilai yang terbaik untuk mereka. Memilih MPP yang benar-benar pro pelajar atau pro pembangkang di luar sana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment