Thursday, February 4, 2010

PRK UTHM

PRK UTHM - CORETAN UNCLE 3

KEPUTUSAN PRK UTHM PRO A 19 KERUSI - PRO M 7 KERUSI


KENAPA UNCLE SUKA UTHM??? tengok video dulu....



AUNTIE : KENAPA UNCLE SUKA UTHM ??

UNCLE : A`A .. KENAPA UNCLE SUKA UTHM ni???

AH CHONG : SEBAB UTHM CANTIK... BESTTT!!!

MUTHU : SAYA SAYANG KUCING SAYA....

AUNTIE : Sebab Ada….. Syahzada Khan, Fauzul Asrar, Mohd Hadi Bin Abd Rahman, Muhammad Fauzi Bin Ali, Nik Muhd Afnan, Nadia Fadira, Norafiza Binti Azhar, Arrauzah Binti Razak, Nursyafiqah Shazira, Tan Mee Ting, Janipal Bin Alipal, Wan Mohd Adrizal Bin Wan, Muhd Zulfadhli, Syazwan Liyana, Ahmad,Salbiah Binti Zaha...Ri, Liam Kah Hoe, Najihah,Mohd Khairil Ikmal, Navinderjeet, Marina, Muhammad, Amirul, Agilarajan, Muhammadaiman, Sumaidah,Seri Porusothman,Fauziah Mustapha,Mohd Latifi,Nik Salina, Siti Juwairiyah Binti Ali, Mohamad Akmal Bin Muhamad, Tan Mee Ting,Liam Kah Hoe,Faris Firdaus B Ramli @ Hasyim,Majdiah Mokhtar,Anas,Seri Porusothman,Noraini Bt Abdullah,Azwan

UNCLE : KENAPA KAMU TANYA SOALAN MACAM INI???

KERANA KITA SEMUA SATU MASYARAKAT KAMPUS YANG DAPAT HIDUP AMAN HARMONI... JANGANLAH ANASIR-AnASIR LUAR MEMPENGARUHI PEMIKIRAN KITA!!!!

KITA SEMUA SAYANG UTHM!!!! TAHNIAH KEPADA SEMUA CALON YANG SENGAJA UNCLE SELITKAN dalam skrip atas ( UNCLE DAH CAMPUR ADUKKAN SEMUA PROKSI DALAM TU, TAK IKUT SUSUNAN) SUPAYA ANDA DAPAT BERSATU UNTUK KEBAJIKAN MAHASISWA SELEPAS INI. BEBASKAN DIRI ANDA DARI DIPENGARUHI OLEH MANA-MANA ANASIR.

YANG KALAH UNCLE MASUKKAN SENARAI ATAS, KITA HARGAI SEMANGAT SUSAH PAYAH MEREKA. JANGAN BERSUSAH HATI , REZEKI TEMPAT LAIN ADA. JANGAN BERSEDIH.... YANG MENANG JANGAN LUPA KAWAN-KAWAN.... SEMANGAT YANG DIORANG ADA NI LAH YANG KORANG KENA AMBIL UNTUK TOLONG KORANG.. JANGAN BUANG DIORANG!! INGAT PESAN UNCLE....

YANG MENANG X MENANG SEMUA.... YANG KALAH X KALAH SEMUA!!!!

*Maaf nama calon yang menang tanpa bertanding uncle x tahu... tahniah jugak uncle ucapkan.... Sayang korang semua.......!!! WE LOVE UTHM!!!!


PRK UTHM

PRK UTHM - KEPUTUSAN TAK RASMI DARI SUMBER-SUMBER YANG DIPERCAYAI

Pro-Mahasiswa hanya mendapat 7 kerusi manakala bakinya uncle
labelkan sebagai Pro-A 19 kerusi....

Tahniah Pro-Aspirasi berjaya mengekalkan rekod bersih di UTHM selama bertahun-tahun

IPTA

KERUSI DIPERTANDINGKAN

PRO-ASPIRASI

PRO- MAHASISWA

BEBAS

Catatan

1

UM

41

21

17

3

Sumber : Malaysiakini

2

UKM

35

19

15

1

Sumber : Utusan

3

UPM

48

37

11

0

Sumber : Utusan

4

UPNM

Tiada sumber

5

UITM

50

50

0

0

Sumber : Malaysian Insider

6

UIAM

*Baki 4 lagi pelajar antarabangsa

29

4

15

4

Sumber : Utusan

7

USIM

24

*Tidak ingin dilabel mempunyai pro pada mana2 kumpulan

http://usimkini.blogspot.com

/2010/01/keputusan-pemilihan-mpp-sesi-20092010.html

8

UTM

51

28

18

5

Sumber : Utusan

9

UTHM

PRK =

4 Oktober

26

19

7

0

*Tidak ingin dilabel mempunyai pro pada mana2 kumpulan

*Label sendirian berhad

10

UTEM

* Tidak ingin dilabel mempunyai pro pada mana2 kumpulan

11

UUM

36

34

2

0

Blog

12

UNIMAP

28

28

0

0

* Tidak ingin dilabel mempunyai pro pada mana2 kumpulan

Sumber ; Blog

13

USM

*Kampus P.Pinang

33

31

0

2

Sumber : Utusan

14

UPSI

25

15

6

4

Sumber : Upsikini

15

UDM

24

Tiada sumber

16

UMT

12

1

11

0

* Tidak ingin dilabel mempunyai pro pada mana2 kumpulan

17

UMP

21

· Tidak ingin dilabel mempunyai pro pada mana2 kumpulan

http://siffusuffi.blogspot.com/2010/01/bisik2-kabinet-mpp-baharu.html

18

UMK

Tiada sumber

19

UNIMAS

Tiada sumber

20

UMS

· Tidak ingin dilabel mempunyai pro pada mana2 kumpulan

http://qriuz.blogspot.com/2010/02/keputusan-prk-ums-2010.html

NISBAH :

10

2


PRK UTHM - CORETAN UNCLE 2


Jelas lah masing-masing tengah panas..... penat uncle berceloteh pun tak guna,..... budak-budak Pro-M mana makan saman....

Jiwa asyik nak memberontak.... apa yang tak puas hati pun tak tahu.... kalau ikut org politik... Anti-establishment...... apa pentadbiran buat semua salah.... apa kerajaan buat semua tak betul....

sekarang ni usaha mereka terjejaslah nak mempengaruhi mahasiswa-mahasiswa UTHM yang selama ni hidup harmoni... aman damai... diorang ingat dengan slogan2 diorang... mereka nak mempengaruhi secara berdikit-dikit supaya mahasiswa-mahasiswa lari ke arah pembangkang.. bahaya betul pemikiran ni.. nasib baik uncle sedar untuk menangkis propaganda mereka....

Sengaja uncle guna perkataan ASPIRASI.... panas sikit diorang ni.... kalau tanya uncle siapa calon-calon aspirasi... uncle pun x kenal..... itu kena tanya calon-calon tu sendiri la.... uncle hanya rumuskan uncle sokong bagi mereka yang bertanding secara adil mengikut peraturan.... bukan uncle dapat apa sokong mereka.... esok2 dah menang ucap terima kasih pun x da,.... x pa la.... uncle x kisah... uncle niat baik nak tunjuk pada mereka jangan duk tunjuk jaguh sangat nak pengaruh mahasiswa... biaq la diorang bertanding secara aman..... duk kecoh sangat apesai???

Lepas ni kalau wujud golongan aspirasi yang duk hubungi uncle apesai guna nama mereka... terpaksalah uncle ubah slogan uncle.... Pro- Bebas ke? x gitu ???

Kesimpulan uncle uncle berjuang untuk aspirasi atau nama melayunya "harapan" masyarakat kampus untuk mewujudkan persaingan sihat di kalangan mahasiswa..... Kena la ada konsep sayangkan universiti, sayangkan negara.

Salam 1 Malaysia

Wednesday, February 3, 2010

PRK UTHM

PRK UTHM - CORETAN UNCLE 1


Sengaja uncle bertenang sejak pukul 12.am semalam….. skrg jam 12.pm. Uncle rasa ramai tengah duk ngundi…


Dalam tempoh ini, uncle katakan sebagai tempoh bertenang….. bagi Pro-M inilah waktu bertendang bagi mereka…


Serangan2 akhir oleh mereka menunjukkan kegersangan mereka untuk melakukan apa jua taktik bagi merayu pengundi ….


Beberapa persoalan boleh ditimbulkan??


Apakah mereka mempunyai dana yang besar sehingga membolehkan keseragaman dalam banner, flyers dan bermacam lagi bentuk material??


Dari mana dana yang begitu besar sehingga sms beribu-ribu kepada pelajar di kampus?


Mungkin di universiti besar lain perkara ini selalu terjadi dengan sokongan-sokongan proksi pembangkang. Walaupun mereka sering menuduh proksi Aspirasi yang mempunyai dana. Betapa bermuka-muka dikalangan mahasiswa mereka ini.


Di UTHM pertama kali kita melihat Pro-M secara terang-terangan mempromosi calon-calon mereka secara berkumpulan.


Baca sini (versi gambar) http://promahasiswauthm.blogspot.com/2010/02/hanya-pilih-sembilan-untuk-calon-umum.html


* Lihatlah betapa terdesaknya mereka menyusun susunan bagi calon mereka. Pilih no 1 hingga 9. Dan dikaburkan mata mahasiswa (No10. hingga 22) seolah-olah mereka pamerkan kesemuanya… “Soal Hati Tak Boleh Tipu”. Jelas niat mereka ingin menonjolkan calon-calon tertentu. Inilah Taktik bertanding secara berkumpulan secara terang-terangan di UTHM. Sekali lagi satu anjakan kepada mahasiswa UTHM. Adakah mahasiswa UTHM akan tertipu dengan helah mereka ini? Kita akan menyaksikan undi2 ini pada hari ini.


Mai uncle nak ceramah sikit…..


Jika benar yang dicari adalah pemimpin memahasiswa, kenapa kemenangan calon pilihanraya yang bukan pilihan ditentang begitu sekali? Pelabelan Pro-A dan Pro-M adalah didorong oleh rasa tidak puas hati kerana adanya pengaruh politik kepartian.


Mahasiswa perlu kembali kepada asas pilihanraya kampus itu diadakan iaitu mencari pelapis pemimpin Negara pada masa depan yang cemerlang. Ini tidak berlaku jika satu-satu platform yang diangap berkdrebiliti dalam melahirkan pewaris Negara dicemari dengan aksi-aksi yang tidak sepatutnya.


Mari kita imbas kembali aksi-aksi PRK di UTHM…..

Nampaknya, semakin lama kita menjunjung proses pungutan suara dan undi, seakan semakin mundur pula kematangan kita.

Uncle kata : Lihatlah perbuatan mereka bertanding secara berkumpulan (Taktik menonjolkan calon-calon tertentu) menafikan calon-calon lain yang bertanding secara adil mengikut peraturan.

Apa tidaknya, kini pada setiap pilihan raya ada saja orang tidak dapat mengawal perasaan. Kata-kata kesat terlalu mudah dilaungkan, mudah diapi-apikan semangat dan syak wasangka ditimbulkan terhadap lawan. Budi bicara dan budaya yang tinggi serta hemah mulia hanya jadi slogan yang mudah tercicir bila berkempen.

Uncle kata : Lihat sahajalah cara meraka berdebat di Chatbox, memburukan individu termasuk calon, pegawai universiti, malah sehingga Menteri Besar. Bagi mereka apa sahaja yang boleh menjamin kemenagan mereka sanggup dilakukan. Yang Haram akan diHalalkan oleh mereka.

Lawan bukan saja ditentang fahaman politiknya, tetapi mereka juga dicop jahat dan hendak memusnah dan menjahanamkan kita, maka eloklah siap bawa kayu dan batu, pisau dan parang ketika berkempen. Maklumlah orang nak aniaya kita.

Uncle Kata : Teori Serangan Terbalik …. Banner calon kesayangan mereka yang Di sembur dengan cat dituduh didalangi oleh seteru mereka. Walhal tiada bukti, adakah mereka melakukan sendiri dengan harapan untuk meraih simpati mahasiswa mereka teraniaya?? Kasihan taktik ini tak berkesan untuk uncle…dah basi….

Jadi kempen politik kita bukan untuk berlawan ideologi, tetapi menanam kebencian dan marah. Rasanya tiada banyak pihak yang boleh berkata mereka terselamat daripada cara berpolitik sebegini.

Uncle kata : Mereka cuba mengaitkan mahasiswa-mahasiswa yang bebas pemikiran berjuang untuk kebajikan mahasiswa dengan politik kepartian. Seolah-olah mewujudkan fahaman kerajaan masuk campur walhal mereka secara terang-terangan menyokong proksi pembangkang. “ Soal Hati Tak Boleh Tipu”

Kematangan politik bermakna kita boleh menentukan di mana sepatutnya ideologi dan fahaman politik kita berakhir, dan di mana nilai hidup kita bermula. Walaupun berlainan politik, kita patut boleh sembahyang sesaf, makan setalam, boleh bertegur sapa di kenduri kendara.

Uncle kata : Mereka dalam kempen sering menguar-uarkan mereka ini calon-calon yang lebih “Islam” daripada calon-calon bukan pilihan mereka. Apakah calon-calon lain tidak cukup “Islam”. Mereka tidak segan silu mengatakan “ Kami ini sayangkan Islam, kamu kena pangkah calon yang nampak “Islam”, apakah calon yang tidak menyokong Pro-M akan tertolak Islamnya secara total? Atau telah tercatit namanya di Neraka? Mereka tidak menyiasat secara mendalam tetapi bersifat terburu-buru menghukum orang lain….. ini perbuatan bodoh dan wala secara menkhizir(bab*) buta…..

Jika berdebat pun, sepak dan terajang tidak naik dan leher tidak tegang. Kematangan bermakna kita tahu merayakan kemenangan, dan menerima kekalahan. Kita mesti sedar bukan semua orang suka atau tidak suka kita.

Uncle kata : Lepas ni kalau mereka kalah, mereka akan kata “ E-voting x adil”, “ada konspirasi”, Kalau menang, mereka akan buat senyap “ Memang Pro-M diterima rakyat”, nak ketawa pun ada.

Kematangan seseorang jelas dengan bagaimana dia membawa diri bila tewas, susah merempat. Adakah dia menerima semuanya sebagai takdir, atau kita terus salahkan orang.

Uncle kata : Harap-harap semua pihak dapat terima keputusan… Kalau calon yang bertanding secara adil menang… Alhamdullillah…. Kalau pihak Pro-M menang maka malapetaka kepada warga kampus akan menanti…… Mahasiswa akan berpuak-puak tidak seperti sebelum ini yang hidup harmoni….. kalau kemenagan mereka diiktiraf mada masa depan akan banyak lagi politik yang mirip kepartian akan wujud…

Setiap puak pelajar akan menubuhkan pertubuhan masing-masing untuk menyokong calon-calon mereka secara berkumpulan…. Mahasiswa tidak akan bodoh lagi bertanding secara bebas kerana lawan mereka bertanding secara berkumpulan… Jangan terkejut akan muncul…..

Pro- MAWASiswa

Evolusi Mahasiswa

Bitara Mahasiswa

Penggerak Mahasiswa

Pro-Kaum Mahasiswa

Pro-Agama Siswa

* Ketika ini mahasiswa akan dipengaruhi emosi …. Maka harmoni itu hanya satu impian bagi kampus UTHM!!!!!!!!


PRO-MAHASISWA TERTEKAN, ASPIRASI SEMAKIN MENDAPAT SOKONGAN..

merujuk artikel (baca sini) http://promahasiswauthm.blogspot.com/2010/02/aspirasi-tertekan-sokongan-pro.html

3hb Feb,Parit Raja - Kempen dari pelbagai pihak yg bertanding semakin rancak. Rapat umum, konvoi, ziarah bilik ke bilik giat dijalankan oleh wakil calon yg bertanding. Suasana kampus juga dipenuhi dengan perang poster, bena dan flayes dari calon-calon yang bertanding. Namun disaat genting ini, pelbagai kemungkinan boleh berlaku sekiranya calon-calon yang bertanding leka kerana serangan disaat akhirnya mampu mengubah undi mahasiswa.

Tinjauan terkini di sekitar kampus memberi masej yang jelas bahawa calon-calon mahasiswa semakin diterima oleh warga kampus. Bukan sahaja diterima oleh mahasiswa, malahan pegawai staff dan pensyarah universiti turun tertarik dengan kempen dan manisfesto dari calon mahasiswa."Harap ada perubahan dalam MPP kali ini. Pilihlah calon yang terbaik", ujar seorang pegawai yang ditemui.

Uncle : Macam ni pun boleh ke? artikel bodoh2kan mahasiswa..... uncle pun boleh tipu...

Tinjauan terkini di sekitar kampus memberi mesej ang jelas bahawa calon-calon aspirasi semakin diterima oleh warga kampus. Bukan sahaja diterima oleh mahasiswa, malahan pegawai staff dan pensyarah universiti turun tertarik dengan kempen dan manisfesto dari calon aspirasi."Harap ada perubahan dalam MPP kali ini. Pilihlah calon yang terbaik", ujar seorang pegawai yang ditemui.

Nak tambah garam... uncle sindir sikit toksah lah wat perangai merapu orang tu kata itu, org kata ini sokong Pro-mahasiswa....

Presiden Amerika semasa dihubungi, Barrack Obama memberi ikrar untuk menyokong Gagasan Aspirasi menakluki UTHM. Tidak cukup dengan itu seorang pegawai Kedutaan Palestin turut menyatakan sokongan terhadap aspirasi. Nampaknya kedua proksi dunia Islam & Barat menyokong Aspirasi kali ini. " Harap mahasiswa menetapkan matlamat Aspirasi demi Negara dan Universiti tercinta", ujar seorang penduduk kampung Parit Raja.

Rasa-rasa uncle senang ja nak tulis syok sendiri cam ataskan? Dah la Pro-M toksah mengarut camtu... cam budak-budak!!!!

kesian......

Tuesday, February 2, 2010

SELAMAT MENGUNDI KEPADA MAHASISWA UTHM


Mai datang dekat sikit... uncle nak cerita sikit....... sengaja uncle nak tekankan penting untuk mahasiswa-mahasiswa pilih calon yang betul.... uncle pun bukan kenal sangat mana-mana calon... baik Pro-A atau Pro-M.....

Yang penting diorang dah berkempen.... sendiri la pikir yg mana baik untuk kebajikan antum2 semua....

Tapi uncle nasihat jangan pangkah proksi Pro-Mahasiswa ni..... nanti merana... menyusahkan kita......

Uncle kesian jugak la kat calon2 Pro-M ni.... tu uncle x serang depa..... banyak yg dimanipusi oleh Pro-M... dikaderkan la.... ada tu x tahu apa2 pun..... kena ayat sikit.... ikut ja.... perjuangan x tau apa2pun..... Kan uncle dah kata depa ni barua pembangkang..... depa berselindung sebalik topeng Pro-Mahasiswa......

mahasiswa2 pun seronok la..... ada nama pertubuhan yang pro mereka (Pro-Mahasiswa) padahal perjuangankan pembangkang .... uncle dah bagi buktikan.... dulu opah atuk ada cerita esok2 akhir zaman dajal ni akan manipulasi manusia.... nama nampak baik.... padahal neraka..... yg nampak buruk... padahal syurga... jadi kena hati2 ngan nama Pro-M ni nooo.......

Senang ja nak kesan calon2 Pro-M ni...... yang blog Pro-M duk promote2 tu la... konon2 pamer poster PRK... video UCITV....... diorang ambik2 calon proksi mereka... yg bebas x da la diorang promote..... bias nampak sangat..... jadi penyelesaian KATAKAN TAKNAK PADA PRO-M!!!!

Uncle tegaskan .... niat uncle baik... uncle tahu ada calon2 yg dipergunakan Pro-M..... ada yg baik.. tapi dikaderkan .. x tau pun apa sebalik Pro-M... uncle tumpang simpati la.... x dapat uncle nak tolong..... nanti kalau dah tahu Pro-M tu proksi pembangkang..... lompat2 si katak lompat la.... paham2 je la ye!!!!!

10 DALIL

10 DALIL KENAPA MAHASISWA UTHM TOLAK PRO-M


(1) MEMANIPULASI MAHASISWA DENGAN DAKYAH JUARA SUARA MAHASISWA WALHAL MENJADI SUARA RASMI PEMBANGKANG DI KAMPUS


Baca sini


(1) http://promahasiswauthm.blogspot.com/2009/03/menanti-jelmaan-ir-nizar-dalam-prkk.html

(2) http://promahasiswauthm.blogspot.com/2009/02/kerajaan-kudeta-perak-tidak-akan-lama.html

(3) http://proaspirasi.blogspot.com/2010/02/bongkar-1-katakan-tak-nak-pada-pro-m.html

(4) http://proaspirasi.blogspot.com/2010/02/bongkar-2-katakan-tak-nak-pada-pro-m.html


(2) SERING MENKRITIK KEPIMPINAN MPP SEBELUM INI YANG DARIPADA GOLONGAN ASPIRASI TETAPI LANSUNG TIDAK MEMBANTU.


Mula-mula depa serang pastu........


(baca sini) http://promahasiswauthm.blogspot.com/2009/04/mpputhm-semakin-hilang-sokongan.html


Maklumbalas YDP..

Salam..... minta kepada pemilik blog ( http://promahasiswauthm.blogspot.com ) untuk tidak membuat tanggapan yang salah kepada MPP Sesi 08/09. Selaku Yang Di-Pertua, saya bertanggungjawab di atas saf kepimpinan MPP Sesi kali ini. Berkenaan masalah publisiti MPP adalah kerana masalah teknikal yang berlaku. Sdra juga sedia maklum berkenaan perkara ini. MPP hilang sokongan? Fakta mana sdra rujuk? Adakah sdra tahu setiap kata-kata sdra memberi implikasi yang mendalam terhadap semangat ahli-ahli MPP di bawah kepimpinan saya. Malah membawa kepada perpecahan sesama kita. Adakah sdra suka kita menjadi seperti puak Hamas dan Fatah di Palestin? Saya meminta sdra merenung kembali diri sdra sendiri apakah sumbangan sdra terhadap mahasiswa selain mencari salah MPP? Allah meletakkan dosa membuat fitnah lebih buruk kesannya daripada membunuh. Firman Allah bermaksud: “...fitnah itu besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan...” (Surah al-Baqarah, ayat 217). Politik boleh jadi ubat kepada manusia dan juga boleh menjadi racun kepada manusia bergantunglah kepada siapa yang menggerakkannya. Sedangkan langkah mengiktiraf JKK sebagai rakan MPP adalah jalan ukhwah sesama kita sebagai mahasiswa di universiti. Matlamat MPP dan JKK sama-sama menjaga kebajikan mahasiswa di kampus. Tanggapan sdra mengenai rakan MPP adalah konspirasi golongan yang sdra gelar sebagai aspirasi adalah salah 100%. Dengan nama Allah S.W.T saya bersumpah saya adalah insan yang bertanggungjawab membawa idea ini untuk dilaksanakan atas tujuan perpaduan mahasiswa di kampus. Sedangkan sdra juga merupakan sahabat yang sama2 berjuang bersama saya pada tahun lepas sepatutnya sedia maklum mengenai gagasan saya. Amat mendukacitakan sdra mempolitikkan benda seperti ini. Ingat sdra, ketaksuban terhadap sesuatu pemikiran akan membunuh semangat rasional manusia untuk berfikir. Semoga Allah S.W.T memberikan hidayah kepada kita untuk mencari jalan kebenaran... InsyaAllah... Kalau kata2 saya menyinggung perasaan sdra, saya meminta maaf,teguran saya adalah atas dasar menyedarkan sdra mengenai semangat islam untuk menegur sekiranya sdra seagamanya melakukan kesilapan.....Walllahhua`lam...


Uncle kata : Yang ni memang ajaib … perkara ghaib la… seangkatan langsuir agaknya….. nampaknya YDP kenal bonar Pro-M ni…. Sahabat lama ka? Tikam belakang nampak!!!!


Pastu Jawapan PRO-M lepas kena tegur....


Alhamdulillah segala kritikan dan teguran berkaitan kepimpinan MPPUTHM pada kali ini telah terjawab.Sebelum ini memang banyak teguran dan kritikan dari ruangan "c-box" tntg kepimpinan baru MPPUTHM. Pihak Pro Mahasiswa sama sekali tidak berniat mencetuskan permusuhan sesama mahasiswa.Sekiranya ada kekurangan dalam artikel sebelum ini, sekali lagi pihak pro mahasiswa UTHM memohon kemaafan. Pro mahasiswa bukan datang dari hanya seorang individu tetapi di dukung oleh rakan-rakan mahasiswa yang mempunyai idealisme yang tinggi terhadap mahasiswa.

Umumnya kita mengetahui bahawa kepimpinan MPPUTHM yang baru hadirnya dari majoriti mereka yang di susun atur oleh pihak aspirasi. Dan kami beranggapan semua pihak sedia maklum akan perkara ini.Tidak perlulah kami mencungkil bukti dan sebagainya. Oleh itu, kami hanya mempersoalkan apakah peranan "aspirasi" yang mungkin di dukung oleh sebuah parti politik hanya merencana kemenangan dalam PRK semata-mata?


Oleh itu,kepimpinan Pro Mahasiswa sebenarya bersedia membantu MPPUTHM dalam memimpin kampus seterusnya membawa agenda kebajikan kepada warga kampus khususnya.walaubagaimanapun kami tetap berpendirian untuk menolak "aspirasi" kerana kami berpendapat ianya didukung oleh anasir luar dalam mencatur perjalanan politik mahasiswa di kampus.Tetapi sekiranya ada titik pertemuan dalam perbincagan perkara ini, kami sedia pertimbangkan.


Uncle kata : Aikk... kata mahasiswa bebas.... apasal post2 Pro-M UTHM cenderung pembangkang!!!


Auntie kata : Biasa la..... lidah bercabang..... semua halal uncle kalau untuk Pro-M.. kalau org lain diorang ubah ubah haram ... opsss.. terlepas.... Last2 akhirnya Pro-M kena akui la MPP UTHM yg golongan aspirasi buat kerja… Kita tengok!!


(Baca Sini)http://promahasiswauthm.blogspot.com/2009/08/tahniah-ydp-uthm.html


Promahasiswa UTHM bersama seluruh warga kampus menyokong penuh penyerahan memorundum berkaitan isu pencemaran kilang kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tahniah dan syabas di atas tindakan YDP dalam menyuarakan pandangan dan permasalahan yang sekian lama di tanggung oleh warga kampus.


Uncle kata : Kan uncle dah kata Pro-M bermuka-muka …. Kalau ada kepentingan dia sokong la…. Kalau x da dia tikam belakang…. Awas pada pemuda-pemuda :p



(3) PERJUANGAN BERLANDASKAN EMOSI & PERASAAN


Baca sini : http://empayar-malaya.blogspot.com/2010/01/mahasiswa-didikan-pembangkang-mula.html



(4) BAGI MENGELAKKAN KERAJAAN MINORITI DALAM GAGASAN NASIONAL


Baca sini http://proaspirasi.blogspot.com/2010/02/sebahagian-keputusan-terkini-prk-ipta.html


Uncle : Keputusan perinkat nasional menunjukkan mahasiswa nasional menolak Pro-M!! Kerajaan MPP sebahagian besar IPTA Pro-Aspirasi. Uncle nasihat kat mahasiswa-mahasiswa UTHM jangan wujudkan kerajaan MPP kita jadi MPP minoriti dalam gagasan nasional. Kalau Pro-A... cantik laa.... senang nak bersuara ngan kerajaan MPP IPTA lain.......


Auntie : camtu uncle... awat x habaq awai2... banyak mahasiswa x tau.... diorang main pangkah jaa.... hati2 nooo.... adik2 semua....



(5) SANGGUP MEMANIPULASI KEADAAN UNTUK PERJUANGAN MEREKA IAITU MENGGUNAKAN TEORI MENGHALALKAN CARA.


(6) MEMPERGUNAKAN AHLI KELAB-KELAB UNTUK MEMBANTU DAKYAH MEREKA DENGAN DOKTRIN PERJUANGAN MAHASISWA.


(7) WAKIL-WAKIL PEMBANGKANG SEBELUM INI DALAM MPP HANYA TIDUR & BERMODALKAN AIR LIUR BASI TAPI TIDAK MEMBUAT APA-APA DALAM HAL KEBAJIKAN MAHASISWA.


(8) TERDESAK UNTUK MENDAPATKAN PENGARUH SEHINGGA SANGGUP MEMPERJUDIKAN NASIB NEGARA,BANGSA & AGAMA UNTUK KUASA.


(9) SUKA BERMAIN PROVOKASI SEHINGGA MEMECAHBELAHKAN MAHASISWA KAMPUS.


(10) SUKA MENIMBULKAN AIB DAN FITNAH DI KALANGAN MAHASISWA